KENAPA NAMA 'JAMELL'

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya mengapa produk penggunaan untuk wanita tapi namanya seakan nama lelaki 'JAMELL'.




Untuk yang tertanya ataupun terfikir, nama produk ini diambil menerusi Al- Quran yang mulia.
3 kali kata Jamil tersebut bermaksud 
Bagus, Indah dan Jelita 
disebut sebagai cara melaksanakan perintah Allah pada Nabi & ummatnya.

Penyebutan pertama; {QS 15: 85}; sifat Jamil mengiringi perintah berlapang dada untuk memberi kemaafan; "Fashfahish shafhal jamil. Maka lapangkanlah dada untuk memaafkan mereka dengan kemaafan yang Jamil [bagus, indah, jelita].." {QS 15: 85}

Penyebutan Jamil yang kedua termaktub dalam {QS 70: 5} sebagai petunjuk pelaksanaan perintah bersabar; "Fashbir shabran jamiila". Maka bersabarlah engkau dengan kesabaran yang Jamil [bagus, indah, jelita]." {QS 70: 5} Yakni, ujar Ibn Katsir, sabarlah hai Muhammad.
  
Penyebutan Jamil yang ketiga ada dalam {QS 73: 10} untuk mensifati cara menjauhi para pendusta kebenaran; "Wahjurhum hajran jamiila'.





indahnya; sesama mukmin berhak atas budi-pekerti yang jauh lebih jelita. Semoga Allah menolong kita untuk berlaku Jamil sentiasa:)


Jadi di harap anda dah tahu kebenaran di sebalik nama. Apa yang penting, kecantikan itu bukan hanya pada fizikal sahaja. Yang lebih utama ialah kecantikan dalaman.

Comments

Popular posts from this blog

MENGAPA REZEKI KITA SEMPIT

The source of self confidence - Jamellove-