3 amal Allah bagi rezeki mencurah-curah

3 amal Allah bagi rezeki mencurah-curah




Segala apa yang kita miliki ini adalah anugerah dari Allah SWT. Bila kita sedar perkara ini, kita akan hargai kehidupan kita.

Amalan untuk menjadikan Hati kita bahagia, tenang dengan izin Allah SWT. Jika Allah SWT mahu melimpahkan keberkatan kebahagiaan dan nikmat rezeki pada seseorang, tiada siapa yang boleh menghalang. Sesungguhnya, dunia tidak boleh mampu memberikan kita rasa kebahgiaan yang sempurna melaikan dari Allah SWT.



Amalan pertama – Berbuat baik pada pasangan dan bersedekah.

Umur dan rezeki bertambah melalui 2 perkara. Pertama melalui hubungan silaturrahim. Silaturrahim yang selalu diabaikan oleh manusia ialah dengan membuat baik kepada isteri atau berbuat baik terhadap suami. Kebiasaannya hubungan silaturrahim dengan orang di sekeliling kita semua baik tetapi apabila bersama dengan pasangan kita akan berubah menjadi di sebaliknya.

Nabi Muhammad SAW ada menyebut, kemuncak agama ialah Taqwa, kemuncak taqwa akhlak dan kemuncak akhlak ialah berbuat baik kepada pasangan.
Terbukti dengan jelas, orang yang berbuat baik dengan pasangan masing-masing akan menyebabkan hidup dia mejadi lebih baik. Menyayangi pasangan dengan mengormati mereka akan menjemput rezeki masuk mencurah-curah ke dalam kehidupan alam rumah tangga. Pasangan ini anugerah dari Allah SWT untuk disayangi.

Selain itu, dengan bersedakah dapat melipatgandakan rezeki kita.Bersedah kepada kedua ibu bapa, kepada keluarga namun yang lebih utama adalah kepada pasangan. Dengan memberi akan melipat-gandakan rezeki kita. Kalau bala nak datang, bala pun boleh hilang. 

Allah SWT akan berkatkan rezeki kita,. Lagi kita berlemah lembut dengan pasangan kita lagi rezeki kita akan mencurah-curah. Memeberi senyuman kepada pasangan kita juga merupakan amalan sedekah yang mulia.Oleh itu jadilah kita seseorang yang berlumba-lumba untuk menyanyangi pasangan masing-masing.

Bukan pasangan kita yang memberi rezeki  itu tetapi Allah SWT  yang beri  rezeki itu. Namun sebab kita memuliakan pasangan yg dianugerahkan olehNya kepada kita, tindakkan kita itu akan menjadi asbab punca rezeki kita mencurah-curah.

Sebagai contoh si suami memberi sebentuk  cincin untuk isterinya namun si isteri memakai cincin tersebut di jari kaki. Semestinya perasaan si suami itu tersentuh kerana merasakan anugerah yang diberikan itu tidak dihargai.
Begitu juga dengan si isteri memberi hadiah untuk suami namun suami menyimpannya di bonet kereta. Mesti perasaan si isteri itu sedih kerana pemberiannya tidak dihargai.

Sesuatu yang dihadiahkan atau dianugerahkan jika tidak dihargai dengan baik, tidak diendahkan dan diperlakukan seeloknya, Apakah akan diberi lagi hadiah atau anugerah tersebut di masa hadapan?



Amalan Kedua


Amalan bacaan doa untuk menambahkan rezeki dalam kehidupan kita.
Baca ayat ini 7 kali pagi dan petang setiap hari





Surat At-Taubah Ayat 128-129


Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

1.    jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2.    jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3.    jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4.    jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5.    jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6.    jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7.    jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.


Dan yang ketiga amalkan bacaan zikir



Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .


Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)





Ditulis oleh:
Effanorzila Mohd Rashid

Daripada kompilasi video ustaz Ebet Lew

Comments

Popular posts from this blog

The source of self confidence - Jamellove-

Tips penjagaan payudara.