3 amal Allah bagi rezeki mencurah-curah

3 amal Allah bagi rezeki mencurah-curah Segala apa yang kita miliki ini adalah anugerah dari Allah SWT. Bila kita sedar perkara ini, kita akan hargai kehidupan kita. Amalan untuk menjadikan Hati kita bahagia, tenang dengan izin Allah SWT. Jika Allah SWT mahu melimpahkan keberkatan kebahagiaan dan nikmat rezeki pada seseorang, tiada siapa yang boleh menghalang. Sesungguhnya, dunia tidak boleh mampu memberikan kita rasa kebahgiaan yang sempurna melaikan dari Allah SWT. Amalan pertama – Berbuat baik pada pasangan dan bersedekah. Umur dan rezeki bertambah melalui 2 perkara. Pertama melalui hubungan silaturrahim. Silaturrahim yang selalu diabaikan oleh manusia ialah dengan membuat baik kepada isteri atau berbuat baik terhadap suami. Kebiasaannya hubungan silaturrahim dengan orang di sekeliling kita semua baik tetapi apabila bersama dengan pasangan kita akan berubah menjadi di sebaliknya. Nabi Muhammad SAW ada menyebut, kemuncak agama ialah Taqwa, kemuncak taqwa...